Friday, May 16, 2008

Guru Oh Guru ...

Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa,
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.


Sasterawan Usman Awang membina namanya sebagai pencipta sajak yang agung. Sajak-sajaknya begitu mendalam maknanya. Sebuah sajak yang cukup meninggalkan kesan kepada khalayak yang ditujunya bertajuk "Guru Oh Guru" yang didedikasikan kepada Hari Guru dan guru-guru yang banyak berjasa.

Usman Awang dilahirkan pada 12 Julai 1929 di Kampung Tanjung Lembu, Kuala Sedili, Kota Tinggi, Johor. Beliau pernah menerima beberapa anugerah sastera seperti Pejuang Sastera (1976); SEA Write Award (1982); Ijazah Doktor Kehormat (Persuratan); Universiti Malaya (1983); Anugerah Sastera Negara (1983) dan Zamalah Sastera (1985). Pendidikan yang hanya setakat Sekolah Melayu tidak pernah menjadi penghalang kepada bakat yang dianugerahkan kepadanya untuk berjaya dalam bidang penulisan dan sastera.

Usman Awang menjadi penyair negara yang banyak karyanya diterjemahkan ke dalam bahasa asing dan dikenali di luar negara. Beberapa karya beliau telah diterjemahkan ke dalam bahasa Inggeris, Cina, Jepun, Korea, Perancis, Thai, Czechoslovakia, Danish, Tamil, Itali dan Rusia.

1 comment:

Anonymous said...

giler la ayat ko..
mmg ayat guru..:)
tepegun loh..
hehehe..
:P